Jumaat, 15 Februari 2013

bercuti di janda baik, pahang















Tanggal 09.02.2013 hingga 11.02.2013 en hubby telah membawa kami bercuti di Janda Baik, Pahang. Pemandangan yang menarik di sana, cantik ciptaanMu Allah swt. Keadaan yang tenang, sejuk, aman dan damai. Sesuai sangat la sekiranya otak tengah bengong kalo dok rest kat sana. Tidur malam nyenyak tak ingat, dengan air sungai yang cantik mengalir, bersih, sejuk. Sonok sangat tengok anak2 pergi mandi di sungai yang bersih tu, sambil menggigil budak2 tu. Paling kesian tengok husna, beriya2 nangis nak p mandi, turun tak sampai 2 3 minit, gigil tak ingat. Kelakar tengok dia terketar2. Aku masak aper pun kat sana, kompom abis, almaklum la nak kuar makan jauh sikit tempatnya. Kami bernasib baik la, kedai makan senang nak cari, kalo tak jenuh anak2 kena makan maggi jer. Hari pertama datang tu, agak sengal gak ler nak p mana malam2 gelap gelita. Hari kedua plak, ada jiran yang baik hati ajak kami dinner together2. Rezeki namanya kan. he2. Abg fiqin ngan abg ahmad sampai tak nak balik. Seronok katanya. Siap tanya babahnya, bile kita boleh datang lagi babah, seronok la mandi kat sini. Umi pun sonok babah, bile nak p lagi. Ha3. Uminya plak yang lebih2. Ok la nnt update lagi ek. Tata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan