Selasa, 22 Oktober 2013

tips cantik menawan seperti gadis arab



Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di seluruh dunia. Apa rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari dunia lain. Ini beberapa sebabnya .

1) Kulit sihat sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna kecoklatan. Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.
2) Berpakaian sopan dan tudung, Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari.

3) Penjagaan kulit datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers .

4) Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kedutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.

Rabu, 4 September 2013

Raya 2013






As salam.. Hai, tahun nie kami beraya sakan la plak...dari pahang, turun ke penang, pastu ke perlis ...jauh betul perjalanan kami...sonok seh raya kali nie...sebab abg fiqin dapat habiskan puasa...so, tahun nie abg fiqin ajak kami p beraya sakan la kan...tiap2 minggu kuar beraya uma org...kami ikutkan sebab sonok tengok dia nak beraya...terima kasih abg fiqin sebab habiskan puasa tahun nie...harap2 tahun2 akan datang pun abg fiqin dapat lakukan seperti nie...umi ngan babah bangga sangat2 kat abg fiqin....abg fiqin leh jadi idola kepada adik2 yang lain yer...sayang anak2 umi ketat2..he3...nanti kalo ada gambar lain lagi, saya akan up date yer...muahhhh

Isnin, 3 Jun 2013

Mutiara Hikmah Keluarga Bahagia

Mutiara Hikmah Keluarga Bahagia

keluarga bahagia

  • Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

  • Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.

  • Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

  • Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

  • Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasih kepada keluarganya.

  • Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

  • Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.

  • Kasih sayang yang terjalin di antara anak dan ibu bapa mampu melahirkan sikap jujur dan keterbukaan.

  • Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibu bapanya.

  • Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

  • Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

  • Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.

  • Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

  • Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah nenek moyang mereka.

  • Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.

  • Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga.

  • Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.

  • Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusan.

  • Rasulullah s.a.w. bersabda, paling dekat dengan Baginda kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik daripada kita ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

  • Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid di jalan Allah.

  • Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.

  • Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.

  • Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibu bapa dan keluarganya.

  • Bagaimana sikap kita terhadap anak-anak, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka.

  • Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.

  • Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi material, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.

  • Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibu bapanya di akhirat kelak.

Isnin, 20 Mei 2013

Solat Sunat Dhuha


Solat Sunat Dhuha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام

Ahad, 7 April 2013

Luangkan Masa Bersama


Luangkan Masa Bersama

pasangan bahagia
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar ? semoga ceria bersama insan tersayang. Bagi yang kesunyian insan tersayang sedang kesibukan tu harap bersabar dan cuba memahami keadaan si dia. Bagi yang sedang busy sampai tidak punya masa untuk yang dicintai tu harapnya pandai-pandailah membahagikan masa.
Sesiapa pun tak kira lelaki mahupun wanita, apabila mempunyai insan tersayang pastinya mengharap diri diberi perhatian dari si dia. Andai masing-masing saling sibuk dengan urusan kerja harapnya dapat mencari waktu yang sesuai untuk meluangkan masa melakukan aktiviti bersama.
Apabila jarang bertemu ia akan melahirkan satu perasaan hambar dan tawar dalam perhubungan dan itu boleh menjarakkan perhubungan. Apa yang perlu adalah masa yang berkualiti untuk bersama bukan kekerapan bertemu. Cari waktu yang sesuai dan rancanglah aktiviti yang bagus dilakukan bersama agar ia menjadi detik indah antara kamu dan dia. Kerap bertemu tetapi asik bergaduh pun tak guna juga kan?  sebaiknya manfaat kan kesempatan yang ada agar diri tidak menyesal di kemudian hari. Diri terasa dipinggir dan diabaikan akan membuat pasangan menjauh dan mencari ruang mereka sendiri dan ia amatlah tidak bagus bagi sesebuah perhubungan. Nasihat kasih suci sesibuk mana pun kita perlu sedaya upaya menghubungi insan tersayang agar kasih sayang terus mekar dan indah selamanya….

Isnin, 1 April 2013

10 Cara Berkasih Sayang Mengikut Cara Rasullullah






Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kali ini saya ingin kongsikan 10 cara antara perkara yang dilakukan oleh rasul kita dalam perhubungannya bersama pasangan. Moga boleh menjadi panduan dalam kita membina mahligai bahagia bersama isteri mahupun suami tercinta.
1) tidur satu selimut bersama isteri/suami.
2)memakai wangi-wangian.
3) mandi bersama isteri/suami.
4) menyikat rambut suami/ister.
5) membantu isteri di dapur.
6) minum bergantian pada tempat yang sama.
7) membelai ister/suami.
8) tidur dipangkuan isteri /isteri.
9) memanggil dengan kata-kata mesra.
10) berjalan berpegangan tangan.
Perkara tersebut rasullullah lakukan terhadap isteri baginda. Tidak salah jika kita yang perempuan lakukan perkara yang sama terhadap suami kita bagi mengutuhkan kasih sayang. Ops, awas ya..tips ini hanya bagi pasangan halal yang telah bernikah sahaja.



Isnin, 25 Mac 2013

Gambar Ahmad Yang Macam2 Ragam






Tu dia macam2 gaya posing hero sorang nie kan. Pantang buka camera, ada jer aksinya..

Ragam berposing...



Salam. Bertemu kembali untuk mencoret cerita kisah anak2ku. Nie gambar terbaru anak2ku. Susah nak ambil gambar dorang nie, lagi2 puteri kecik tu...payah betul nak posing...Kena ikut mood baru dia nak amek.. Abgnya plak pantang la kamera umi nie buka, ada jer la macam2 gaya dia nak posing. Da pandai nak posing. Seronok kalo da pandai posing, tak payah nak suruh2, dia uat sendri. Nantiku post kan gambar yang lain yer...Just letakkan gambar takpe kan...he3...Ok tata...

Isnin, 18 Februari 2013

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah


Menjadi ibu bapa adalah satu tanggungjawab besar yang Allah kurniakan pada kita. Di sini, ada empat tahap cara mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. 
sunnah didik anak

Jumaat, 15 Februari 2013

bercuti di janda baik, pahang















Tanggal 09.02.2013 hingga 11.02.2013 en hubby telah membawa kami bercuti di Janda Baik, Pahang. Pemandangan yang menarik di sana, cantik ciptaanMu Allah swt. Keadaan yang tenang, sejuk, aman dan damai. Sesuai sangat la sekiranya otak tengah bengong kalo dok rest kat sana. Tidur malam nyenyak tak ingat, dengan air sungai yang cantik mengalir, bersih, sejuk. Sonok sangat tengok anak2 pergi mandi di sungai yang bersih tu, sambil menggigil budak2 tu. Paling kesian tengok husna, beriya2 nangis nak p mandi, turun tak sampai 2 3 minit, gigil tak ingat. Kelakar tengok dia terketar2. Aku masak aper pun kat sana, kompom abis, almaklum la nak kuar makan jauh sikit tempatnya. Kami bernasib baik la, kedai makan senang nak cari, kalo tak jenuh anak2 kena makan maggi jer. Hari pertama datang tu, agak sengal gak ler nak p mana malam2 gelap gelita. Hari kedua plak, ada jiran yang baik hati ajak kami dinner together2. Rezeki namanya kan. he2. Abg fiqin ngan abg ahmad sampai tak nak balik. Seronok katanya. Siap tanya babahnya, bile kita boleh datang lagi babah, seronok la mandi kat sini. Umi pun sonok babah, bile nak p lagi. Ha3. Uminya plak yang lebih2. Ok la nnt update lagi ek. Tata.

Gambar terbaru anak2 kesayanganku.





Jeng2...nie dia gambar terbaru anak2 aku. Syed Rafiqin Al Sagoff, Syed Ahmad Darwisy Al Sagoff & Sharifah Husna Hannani. Jom join tengok hero heroin aku nie.

Nie dia puteri kesayanganku.



Salam kepada pembaca blog nie. Adoyai, lama sungguh aku tak update blog nie. Sampai tak tahu aper nak aku coretkan untuk pembaca blog nie. Oh, ya sebelum aku coretkan tah ape2 tah nie, nie aku perkenaikan anak gadis tuan syed yang tomei2. Sekarang da berusia setahun 6 bulan. wah2, cepatkan dia membesar. Manjanya tak ingat, mentang2 la dia sorang anak gadis. Tak tahu aper nak coretkan lagi. Nanti aku da ada idea aku coretkan yer...he3...tengah sengal jap.